eKelas Sains dan Matematik Minggu 17

14 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Julai 2019, Sabtu, seramai 23 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Tahun 6, Tingkatan 1 sehinggalah Tingkatan 5 telah menghadiri kelas tuisyen Matematik dan Sains yang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Kg. Bandong. Kelas tersebut bermula pada pukul 10:20 pagi dan berakhir pada pukul 6:00 petang mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Pada minggu ini, bagi subjek Sains,para pelajar berpeluang mempelajari topik tentang pengawetan makanan, pembiasan, penyebaran dan penyerakan cahaya,tuas, tindak balas endotermik dan eksotermik serta pembentukan imej oleh mata dan optik. Setiap selesai sesi pembelajaran, para pelajar akan membuat aktiviti berkumpulan. Antara eksperimen yang telah dibuat ialah membuat periskop, mencipta model kelas tuas dan mencipta peta buih.

Manakala, untuk subjek Matematik, antara topik yang dipelajari adalah nisbah dan kadaran, koordinat, garis lurus dan Bumi sebagai sfera. perimeter dan luas,koordinat, sudut dan dongakan serta poligon. Selain itu, para pelajar tingkatan 3, 4 dan 5 juga diberikan soalan kuiz semasa kelas berlangsung.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali